SPA : Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Assalammualaikum.

Harini nak cerita pasal SPA . Aku rasa ramai gak apply sini, sebab nak masuk kerja government. Kenapa aku nak kerja government? Sebab of course pertama In Sya Allah kerja stabil. Lepas tu dapat banyak benefit a.k.a elaun. Masa mak aku masuk hospital almost 3 months, memg ditanggung oleh kerajaan except few things yang kena bayar sendiri.

Kak Amy pun pernah bagitahu aku, lepas habis study cuba apply SPA, mana tahu dapat. Memula aku tak berapa yakin, lepas habes study dulu ada jugak isi, tapi tak pernah full isi. Selalu nampak kt FB org post ade exam online SPA malam ni. Lepas menganggur setahun, aku tekad nak isi bebetul, mana tahu kena panggil. 

Isi mana yang patut, and then on 25 NOV 2016, dpt email dari unit pengambilan SPA, kena buat peperiksaan online memasuki perkhidmatan penolong pegawai tadbir n29. Walaupun yang ni kelulusan Diploma punya, tak kisah pun sebab rezeki jangan ditolak,
Nervous gak nak jawab exam nie, sbb ramai org cakap sush, tak cukup masa semua. Study2, tgk internet, baca sejarah semua..Time nak exam, 10 minit before exam dah log in dah, standby semua. Honestly, aku bukak 2 laptop. 1 laptop untuk jawab, 1 lagi Ica bukak tolong carik jawapan. Hahaha 
Memg kalo jawab sendiri tak tahu mana nak jawab, nak carik jawapan lagi..Alhamdulillah ada soalan dia yang boley jawab, ada yang tembak je..Time soalan matematik plak, not bad, tak susah sgt, kekadang twist je soalan..Ada byk masa lebih, aku tgkp gmbar semua soalan exam. Buat kenangan.Hahaha 

Alhamdlillah lepas jugak exam, walaupun aku tak mengharap sangat. Aku pun tak harap dapat panggilan temuduga sbb takut fizikal aku yg memg tak lepas. And then, awal Januari aritu dapat email, sms cakap dapat panggilan temuduga.Ya Allah, betapa bersyukur aku dpt panggilan ni, macam tunggu panggilan cinta plak,ceewahh. 
Apa nak prepare nih? Last aku interview masa betol2 habes belajar aritu, itupun tak berapa formal. Preparation is a must kalo nk pergi interview, aku google jgk pengalaman2 sesape yg pergi, apa kena bawak, apa kena pakai, apa kene prepare.Aku baca apa yang patut pasal job scope as pegawai pembantu tadbir, baca pasal JPA, current issue (as aku pun tak tahu sangat, aku tibai baca semua)..Target current issue pasal beg plastik. Tapi tanya pasal lain. One day before pergi IV, aku dgn mama pergi tinjau kawasan. hahaha Tkt esoknya sesat habesla pusing 1 KL nanti. One day before pg IV aku wasap Erna, since dia pun kerja melalui SPA, Erna pun 3 kali pg IV baru dpt.Erna suro baca n prepare ape yg ptt, and wish me Good Luck.:)

So, on the day of IV, aku keluar rumah kol 7.30. Sampai lebih kurang pukul 8.30. Sbb IV pukul 10, aku pun dok relax dulu dlm kereta, sampai naik pejabat daftar semua setel amek no giliran pukul 9.15 pagi. Aku expect tepat2 pukul 10 start IV, rupanya ssiapa sampai cepat boleh masuk terus. Dapat no 307, IV dekat bilik C. 1 deret tu ade 5 bilik, setiap bilik depan dia ade kerusi untuk menuggu. Masa tunggu, prepare fail, lepas tu berborak dengan seorang calon jgk, tanya dia pasal IC perlu ke letak dalam file, dia dah kerja and banyak kali IV untuk jawatan ni. Dalam 9.50 sampai giliran aku.

Sebelum masuk ketuk pintu dulu, and bagi salam. Dalam bilik IV ada 2 orang penemuduga, seorang perempuan and seorang lelaki. Lepas hulur file, penemuduga perempuan (PP) suro duduk. Penemuduga lelaki (PL) tu jawatan tinggi, sbb aku dgr (PP) gelarkan dia Dato'. Selepas duduk, PL tgk resume aku, dia tye pasal Degree, kenapa tak apply jawatan tinggi lagi..lepas tu aku ada minor akaun, dia suro tgk2 dkt kementerian kewangan, mana tahu ada jawatan kosong..lepas tu PP mintak perkenalkan diri, aku pun perkenalkanlah..PP tye lagi, tak bekerja sekarang? Aku iyakan. PP & PL tye, 1st IV ke? aku pun iyakan jgk. Banyak gak mereka tye pasl resume aku, latar belakang.

Soalan yang aku igt, dorang tye pasal apa PPTD buat, jelaskan skop kerja, jelaskan kaitan 1Malaysia dengan pentadbiran, siapa yang selia semua pasl SPA, siapa jawatan tertinggi JPA (which aku x igt), current issue pasl Rasuah, pasl NBOs (bg contoh). Ada family yg kerja kerajaan tak? Last sekali, dorang tye ada apa2 soalan? Yang aku baca, jgn ckp tak de pape soalan, aku pn tyela boleh bagi cadangan apa yg aku boleh improve? PP tu ckp aku org ke-2 yg tye soalan tu..Dorang bagi nasihat apa yg ptt aku improve. Overall, dorang very nice, siap gelak2 lagi.Hahaha 

Aku tak mengharap banyak pun, sbb aku tahu ramai lagi yg berkebolehan dari aku, yg byk pengalaman, tapi aku berdoa moga Allah murahkan rezeki, permudahkan urusan aku. Kalau dapat Alhamdulillah.Kalau tak dpt pun, boleh cuba lagi..

Bbyong!

Comments

Popular posts from this blog

Drama's & Movie's Review.

Final Exam, Final Semester, Final Year.